Selasa, 28 Disember 2010

4 golongan lelaki yang masuk neraka kerana wanita...




Pertama:

'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:-

'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.



Ketiga:-

'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.



Keempat:-

'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Isnin, 27 Disember 2010

KISAH UNTA MEMATAHKAN RANCANGAN ABU JAHAL UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH S.A.W




Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah S.A.W. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah S.A.W.
Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahawa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."
Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu."
Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahawa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah S.A.W menyebarkan agama Islam di kalangan mereka.
Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad S.A.W berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.
Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad S.A.W bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad S.A.W.
Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad S.A.W pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum QUraisy akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.
Sebaik sahaja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah S.A.W baru sahaja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad S.A.W tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu.
Sebaik-baik sahaja Abu Jahal melihat Rasulullah S.A.W telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disedari oleh baginda.
Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad."



Sebaik sahaja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad S.A.W dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad S.A.W terbunuh, tercengang dan saling berpandangan.
Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disedari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.
Sebaik sahaja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?"
Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin kehairanan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi S.A.W, tiba-tiba sahaja diam membisu.
Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.
Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah S.A.W pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahawa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah S.A.W.
Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik sahaja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku."
Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad S.A.W hanya tinggal kata-kata sahaja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong sahaja.
Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan kehairanan, "Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kai tidak napak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak."
Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.

Ahad, 26 Disember 2010

JANGAN DI CARI SALAH ORANG

Entah mengapa, ada dari kita yang selalu punya kecenderungan untuk menjadi orang yang gemar sekali mencari-cari kesalahan orang lain. Lihat saja betapa mudahnya seseorang menuntut dan mengkritik orang lain.

Sebenarnya boleh saja mengkritik teman atau siapa pun, tapi dalam menyampaikan kritik @ cadangan, sebaiknya kita tetap menghormati orang yang kita kritik. Kerana itu dalam menyampaikan informasi yang sifatnya sebuah komen, sebaiknya kita menyampaikannya dengan cara yang baik, ramah dan lembut. Dan jangan pernah menyampaikan dengan cara yang langsung  menyalahkan, tapi kemukakanlah pendapat kita dengan cara yang baik, santun dan bijak.Berkatalah yang baik atau diam.

Ya, kita sebagai manusia memang telah diberikan banyak sekali nikmat oleh Allah SWT termasuk nikmat dapat berbicara. Akan tetapi, banyak yang salah menggunakan nikmat ini. Mereka tidak mengerti bahwa mulut yang telah dikaruniakan oleh-Nya seharusnya dapat dijaga dengan baik dan digunakan hanya untuk kebaikan.

================================================

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang beriman kepada Allah, hendaklah ia berkata yang baik atau diam”
(Muttafaq ‘Alaihi)

Lalu dalam hadist lain disebutkan:

“Allah SWT memberi rahmat keapda orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau diam lalu mendapat keselamatan.”
(HR. Ibnul Mubarak)

Demikianlah, lidah seseorang itu sangat berbahaya sehingga dapat mendatangkan banyak kesalahan. Imam Ghazali telah menghitung ada 20 bencana karena lidah antara lain:
berdusta, ghibah (membicarakan orang lain), adu domba, saksi palsu, sumpah palsu, berbicara yang tidak berguna, menertawakan orang lain, menghina orang lain, mencari-cari kesalahan orang lain, dsb

Dalam mengkritik, kita harus bijak, kita juga harus memusatkan perhatian pada kemampuan orang yang kita kritik. Carilah satu kelebihan dalam diri orang tersebut. Walaupun tampaknya dimata kita kemampuannya kecil dan kita masih  jauh lebih baik dari orang tersebut. Namun, cubalah bertanya pada diri sendiri, bagaimana bila kita berada di posisi orang yang kita kritik, tanpa mempertimbangkan sedikitpun, kebenaran dan kemampuannya?

Kita juga harus memeriksa kembali apa motif kita mengkritik (tanyakan dengan jujur pada diri sendiri). Dan tanyakan juga apa

 keuntungan yang kita raih setelah mengkritik dan mencari-cari kesalahan orang lain. Kerana, apabila yang namanya kritik itu, hanyalah sebuah upaya untuk menonjolkan konsep tentang diri sendiri. Atau kadang untuk membuktikan bahwa kita lebih pintar dari orang yang kita kritik (yang kita cari-cari kesalahannya, kelemahannya). Jika motif kita seperti itu, maka segeralah berhenti untuk mengkritik dan mencari-cari kesalahan orang lain. Ketahuilah, tidak ada orang yang luput dari salah dan khilaf, dan begitupun diri kita.


Daripada kita terus menerus menyibukkan dan melelahkan diri kita dengan mengorek-ngorek dan mencari-cari kesalahan dan kelalaian orang lain, yang bisa kita jadikan senjata untuk menyerangnya, bukankah lebih baik kita berpikir positif. Cuba tanyakan dengan jujur pada diri kita sendiri, sudah mampukah kita berbuat lebih baik dari orang yang kita kritik atau kita cari-cari kesalahannya? Caranya hanya satu, yakni dengan pembuktian, lakukanlah ”sama persis” ”segala hal” yang dilakukan orang yang kita cari-cari kesalahannya. Kita buktikan pada diri sendiri dan dunia, apakah kita bisa melakukannya sama dengan orang yang kita cari-cari kesalahan/ kekurangannya, atau kita bisa melakukannya lebih baik dari orang tersebut? Semua ini hanya bisa diketahui dengan ”pembuktian”.

Istilahnya, jangan cuma sekedar bisa mengkritik atau mencari-cari kesalahan orang lain saja, coba lakukan terlebih dahulu, ”semua hal” yang dilakukan orang yang kita kritik atau yang kita cari-cari kesalahannya, kemudian lihat hasil yang kita capai, apakah hasil yang kita capai lebih baik darinya, sama dengannya atau lebih buruk darinya? Mampukah kita berbuat seperti dia, sebaik dia, atau lebih baik dari dia? Dan kalaupun ternyata kita memang mampu berbuat lebih baik daripada orang yang kita cari-cari kesalahannya/kritik, maka bersyukurlah, jangan sampai hal tersebut menjadikan kita ujub dan tidak berarti hal tersebut membolehkan kita meneruskan mencari-cari kesalahan orang lain, perhatikanlah hadits-hadits shahih terkait.

Seorang ahli hikmah berkata, aku tidak pernah menyesali apa yang tidak aku ucapkan, namun aku sering sekali menyesali perkataan yang aku ucapkan. Ketahuilah, lisan yang nista lebih membahayakan pemiliknya daripada membahayakan orang lain yang menjadi korbannya. (mengutip perkataan, Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. M.A.)

Kita sebagai umat islam tidak berhak untuk mencari-cari kesalahan orang lain lalu menyebarkannya apalagi berusaha mempermalukan orang tersebut didepan umum, dengan menggunakan ilmu/kepandaian kita.

============================================


Perhatikan sabda Rasulullah SAW berikut ini:

”Aku peringatkan kepada kalian tentang prasangka, karena sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling bohong, dan janganlah kalian berusaha untuk mendapatkan informasi tentang kejelekan dan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, saling benci, saling memusuhi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara”
(H.R Bukhari).

Perhatikan firman Allah SWT berikut ini:

”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”
(QS. Al Hujuraat : 12)

=============================================

Perhatikan sabda Rasulullah SAW berikut ini:
”Tahukah kalian apa itu ghibah?

Jawab para sahabat : Allah dan rasul-Nya yang lebih mengetahui.

Maka kata Nabi saw:
“engkau membicarakan saudaramu tentang apa yang tidak disukainya.

Kata para sahabat: Bagaimana jika pada diri saudara kami itu benar ada hal yang dibicarakan itu?

Jawab Nabi SAW:
Jika apa yang kamu bicarakan benar-benar ada padanya maka kamu telah mengghibah-nya, dan jika apa yang kamu bicarakan tidak ada padanya maka kamu telah membuat kedustaan atasnya.”

(HR Muslim)

=============================================

Abdullah bin Umar ra menyampaikan hadits yang sama, ia berkata, "suatu hari Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu menyeru dengan suara yang tinggi :

”Wahai sekalian orang yang mengaku berislam dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, janganlah menjelekkan mereka, jangan mencari cari aurot mereka. Karena orang yang suka mencari cari aurot saudaranya sesama muslim, Allah akan mencari cari aurotnya. dan siapa yang dicari cari aurotnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walau ia berada di tengah tempat tinggalnya."
(HR. At Tirmidzi)

(keterangan: yang dimaksud dengan aurot disini adalah aib/cela atau cacat, kejelekan dan kesalahan. Dilarang mencari cari kejelekan/kesalahan seorang muslim untuk kemudian diungkapkan kepada manusia – tuhfatul Ahwadzi).

===================================================

Dari hadits di atas dapat digambarkan dengan jelas pada kita betapa besarnya kehormatan seorang muslim. Sampai sampai ketika suatu hari Abdullah bin Umar ra memandang Ka’bah, ia berkata:

"Alangkah agungnya engkau dan besarnya kehormatanmu. Namun seorang mukmin lebih besar lagi kehormatannya disisi Allah darimu."
(HR Tirmidzi)

Jadi, sebaiknya kita memelihara perkataan dan perbuatan kita, memang tampaknya enak dan menyenangkan mengkritik orang lain, apalagi bila kita bisa menemukan celah dari hasil kita mengorek-ngorek kesalahan orang yang kita kritik, karena hal tersebut bisa kita jadikan senjata untuk melontarkan kritik kita. Tapi sebelum itu semua, cobalah terlebih dulu berusaha menjadi orang yang kita kritik, sangat penting untuk “melakukan sama persis, semua hal yang dilakukan orang yang kita kritik dan yang kita cari-cari kesalahannya” kita buktikan terlebih dahulu hasil pencapaian kita, apakah hasil yang kita capai sebaik dia, lebih baik dari dia, atau lebih buruk dari dia.

Bagi seorang mukmin yang senantiasa merasa diawasi oleh Allah, wajib mengerti bahwa “perkataan” itu termasuk amalannya yang kelak akan dihisab: amalan baik maupun buruk.

Karena pena Ilahi tidak meng-alpakan, tidak pernah lalai ataupun menghapuskan satupun perkataan yang diucapkan manusia. Ia pasti mencatat dan memasukkannya ke dalam buku amal. Ingatlah bahwa semuanya, kelak harus kita pertanggungjawabkan.

Waalahualam bisawaf..

Rabu, 22 Disember 2010

DI ANTARA 2 TANGISAN

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini.Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan.Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH S.W.T. persis permata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah penjuru.Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH S.W.T. dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi.Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang.Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil.Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan ( pemuja dunia ).Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air mata kecewa kegagalan.Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.
"Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang." (al-Hasr:20)




Tangis adalah basahan hidup.Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sabda Rasulullah s.a.w., "Ada titis yang ALLAH S.W.T. cintai, pertama titisan para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH S.W.T. "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda lagi, "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali." Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya.Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang 'abid.Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur. "Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.Ketawa seorang ulama', dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair, "Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan." Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadanya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan.Lupakah kita? Sabda Nabi s.a.w., "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis." Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai.Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai.Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun ALLAH S.W.T. telah berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH S.W.T. Mengetahui sedangkan kamu tidak." (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau dihisab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah s.a.w. yang dikasihi ALLAH S.W.T. Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat kepada ALLAH, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. "Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, "Kenapa engkau menangis?" Jawabnya, "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang." Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan.Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, "Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Mas'ud r.a. berkata, "Seseorang yang mengerti Al-Qur'an dikenali waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa.Diamnya diwaktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Qur'an itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras, dan marah." Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. "Bagaimana hendak berhibur sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH S.W.T."




POKOK-POKOK HATI





Di antara sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati,
ada sifat mazmumah yang dianggap sebagai pokok.
Mazmumah yang pokok ini membuahkan banyak sifat-sifat mazmumah yang lain.Di antaranya ialah pokok sombong (kibir atau ego). Pokok
sombong ini membuahkan sifat marah, pendendam, panas baran,
kasar, tidak suka memberi maaf, tidak suka meminta maaf, tidak
taat, ujub, riyak, sum’ah, zalim, rasa diri mulia, tinggi diri, suka
bermegah-megah dan sebagainya.


Sombong adalah sifat mazmumah yang pertama yang Tuhan
ciptakan. Makhluk yang pertama dijangkiti sifat ini ialah Azazil.
Justeru itu dia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam apabila diperintah
oleh Tuhan. Bukan itu sahaja. Di sebabkan sifat sombong
yang keterlaluan ini, Azazil rela dilaknat oleh Tuhan dan bakal
dihumban ke dalam neraka. Apabila dia diberitakan oleh Nabi
Musa, Tuhan akan ampunkan dia kalau dia mahu sujud kepada
kubur Nabi Allah Adam, dengan sombong dia berkata: “Masa
dia hidup pun aku tidak sujud, inikan pula selepas dia mati.”
Disebabkan sifat sombong ini seperti pokok, ia sangat sukar
untuk dihapuskan daripada hati-hati manusia kerana dia berakar
umbi di situ. Imam Al Ghazali ada mengatakan bahawa hampirhampir
mustahil sifat sombong ini dapat dihapuskan sepenuhnya
i antara sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati,
ada sifat mazmumah yang dianggap sebagai pokok.
Mazmumah yang pokok ini membuahkan banyak
dari hati-hati manusia. Paling baik, ianya hanya boleh dikurangkan.
Ulamak-ulamak sufi zaman dahulu yang telah berjaya
bermujahadah memperbaiki diri mengatakan bahawa sifat
mazmumah yang paling akhir sekali keluar dari hati ialah
sombong.

Satu lagi sifat mazmumah yang pokok ialah cinta dunia.
Pokok cinta dunia ini membuahkan sifat bakhil, tamak, haloba,
hasad dengki, gila pangkat, gila puji, khianat, penting diri, berkira
dan berbagai-bagai lagi. Sifat cinta dunia ini adalah kepala atau
ibu segala maksiat.


Kalau pokok sombong dan pokok cinta dunia ini dibiarkan
hidup subur, selagi itulah dia akan menghasilkan berbagai-bagai
buah mazmumah seperti yang disebut tadi. Bagaimanapun kita
bermujahadah untuk membuang sifat-sifat marah, pendendam,
kasar, riyak, ujub, sum’ah dan sebagainya, kita tidak akan berjaya.
Ini kerana sebanyak mana pun sifat mazmumah itu yang kita
buang, sebanyak itu pulalah pokok sombong di hati kita itu akan
menghasilkan buah yang baru sebagai ganti.




Begitu juga, bagaimanapun kita bermujahadah untuk
membuang sifat-sifat bakhil, tamak, haloba, hasad dengki, gila
pangkat dan sebagainya, kita juga tidak akan berjaya. Banyak
lagi sifat-sifat tersebut akan dihasilkan oleh pokok cinta dunia
yang subur di dalam hati kita itu.

Untuk mendapat kesan yang baik dari mujahadah, tidak
cukup hanya dengan membuang buah-buah mazmumah hasil
dari pokok sombong dan pokok cinta dunia ini. Apa yang perlu
kita buat ialah pokok sombong dan pokok cinta dunia itu sendiri
perlu dicantas dan ditebang. Mula-mula dicantas ranting-rantingnya
di mana buahnya berputik. Kemudian dicantas dahannya,
dan selepas itu ditebang batangnya sehingga yang tinggal
hanya tunggulnya sahaja.
Tunggul tidak boleh menghasilkan buah. Kalaupun dia
bertunas kembali, mudah sahaja tunas itu boleh kita buang dan
kita patahkan. Untuk mencabut tunggul sombong dan cinta dunia
itu dengan akar umbinya sekali mungkin susah. Memadailah
kalau ianya dapat dicantas dan ditebang hingga ke tunggul. Yang
penting, jangan dia berbuah.

Kalau pokok sombong dan pokok cinta dunia ini berjaya
ditebang, maka dengan sendirinya sifat-sifat mazmumah yang
merupakan buahnya akan lenyap sama sekali, Inilah jalan dan
cara yang berkesan untuk bermujahadah membuang kebanyakan
sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hati kita.

Di antara sifat-sifat mahmudah pula, ada juga sifat mahmudah
yang dianggap pokok. Mahmudah yang pokok ini membuahkan
banyak sifat mahmudah yang lain. Di antaranya ialah
sifat sabar. Pokok sabar membuahkan sifat kasih sayang,
penyantun, pemaaf, tolak ansur, lapang dada, redha, timbang
rasa, lemah lembut, simpati, mengutamakan orang lain dan
sebagainya.

Untuk menghias hati dengan sifat-sifat mahmudah sama
caranya dengan membersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah
iaitu dengan bermujahadah. Jalan paling mudah untuk mendapatkan
semua sifat-sifat mahmudah seperti yang disebut di
atas ialah dengan menyuburkan pokok sabar di dalam hati. Bila
pokok sabar subur, ia dengan sendirinya akan membuahkan
berbagai-bagai sifat mahmudah yang lain.
Rumusannya, dalam usaha memperbaiki diri, pokok sombong
dan pokok cinta dunia perlu terlebih dahulu dibenteras dan
pokok sabar perlu terlebih dahulu dipupuk di dalam hati. Dalam
bermujahadah perlu kita beri perhatian kepada pokok dan bukan
buahnya.



Isnin, 20 Disember 2010

Amalkan Do'a Sebelum Tidur dan Do'a Bangun Tidur Semoga Terbuka Tiga Ikatan Syaitan.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setelah bekerja seharian, setiap kita pasti perlu kepada tidur. Tidur nyenyak dapat mengembalikan kekuatan seseorang menjadi lebih baik.  Namun, sadarkah kita bahwa sebagai Muslim, kita diperintahkan untuk menjadikan tidur sebagai  ibadah. Kerana  manusia diciptakan untuk beribadah. Bagaimana menjadikan tidur bernilai ibadah? Caranya dengan mengikuti tuntunan adab Islam dalam tidur, di antaranya membaca doa dan zikir semasa hendak tidur dan ketika bangun. Berikut ini di tuliskan do'a dan zikir menjelang tidur dan ketika bangun.

1.    Do'a sebelum  tidur

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَبِاسْمِكَ أَمُوتُ

Bismikallaahuma Ahyaa wa Bismika Amuutu

Maksudnya: "Dengan menyebut nama-Mu, Ya Allah, aku hidup dan dengan menyebut Nama-Mu aku mati."
(Hadis Riwayat  Muslim)

2.    Do'a ketika bangun tidur :

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur

Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan."

Kedua-dua do'a tersebut di ambil daripada hadis sahih riwayat Muslim, dari Bara' katanya :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ قَالَ اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَبِاسْمِكَ أَمُوتُ وَإِذَا اسْتَيْقَظَ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

"Bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, apabila mulai berbaring di tempat tidurnya membaca: "Allaahumma Bismika Ahyaa waamuutu" (Ya Allah, dengan Nama-Mu, aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati). Dan apabila bangun, beliau membaca: "Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur" (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan)." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Tidur dalam do'a di atas disebut kematian, kerana tidur adalah saudara kandung dari kematian. Seperti firman Allah s.w.t.:

وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَى أَجَلٌ مُسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Maksudnya : "Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan."
(Surah Al-An'am ayat 60)

Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya menyatakan, "Allah Ta'ala mengabarkan bahwa Dia mematikan hamba-hamba-Nya dalam tidur mereka di waktu malam.

Firman Allah s.w.t. :

اللَّهُ يَتَوَفَّى الأنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الأخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى

Maksudnya : "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan."
(Surah Al Zumar ayat 42)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam do'a-do'a di atas, Nabi s.a.w. mengingatkan adanya hari kebangkitan setelah kematian sebagaimana manusia bangun dari tidurnya. Kerana,  hikmah do'a ketika hendak tidur adalah agar penutup amal berupa zikir kepada Allah dan hikmah do'a bangun tidur adalah agar amal pertama kali adalah mengingat tauhid dan ucapan yang baik.

Semasa kita tidur sebenarnya syaitan telah membuat tiga ikatan. Sebagaimana hadis dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda maksudnya : “Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.”
 (Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih).

1. Untuk membuka ikatan pertama adalah membaca zikir ( do'a bangun tidur ) iaitu :

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

"Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur"

Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan."

Kemudain diikuti pula dengan do'a dibawah :

Maksudnya: "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku."

2. Untuk membuka ikatan kedua apabila kita mengambil wudhu' untuk solat.

3. Untuk membuka ikatan ketiga dengan kita mengerjakan solat.

Jika kita bangun daripada tidur sebelum masuk subuh kerjakanlah solat tahajjud dua rekaat dirumah dan bersiap-siaplah ke masjid atau surau untuk solat subuh berjemaah. Kerana pahala solat subuh berjemaah lebih baik 27 kali lebih baik daripada solat dirumah. Pahala solat subuh berjemaah juga seolah-olah kita beribadah sepanjang malam.

Seandainya ketiga-tiga ikatan syaitan ini dapat dibuka dan hilang maka kita akan menjadi bersemangat, ceria dan bergembira. Oleh itu perlulah kita amalkan do'a-do'a semasa hendak tidur dan ketika bangun tidur seperti yang diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada kita semua.

Jumaat, 17 Disember 2010

AL-QURAN KITAB SUCI




Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: " Seseorang yang ahli di dalam al-Qu'ran akan berada di kalangan para malaikat yang mana mereka itu adalah pencatit- pencatit mulia dan lurus, dan seseorang yang tidak lancar di dalam membaca al-Qu'ran dan terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya akan mendapat ganjaran yang dua kali ganda,"

Keterangan
"Seseorang yang ahli di dalam al-Quran" bermakna seseorang yang cekap menghafal dan juga membacanya. Adalah lebih terpuji jika seseorang itu menguasai makna dan juga kepentingannya."

“Akan berada di kalangan malaikat-malaikat" bermakna seumpama malaikat-malaikat yang memindahkan al-Qu'ran daripada Luh Mahfuz (kitab yang terpelihara di sisi Allah), ia juga menyampaikannya kepada orang lain melalui pembacaannya, dengan ini kedua-duanya mempunyai pekerjaan yang sama, atau ia akan berada bersama-sama dengan malaikat-malaikat di hari pengadilan.

Seseorang yang tidak lancar akan mendapat ganjaran dua kali ganda. Satu untuk pembacaannya dan satu lagi kerana usahanya membaca al-Quran walaupun ia tersekat-sekat beberapa kali. Ini tidaklah bermakna bahawa ganjaran untuknya akan melebihi daripada seseorang yang ahli. Ganjaran untuk orang yang ahli yang dinyatakan adalah begitu tinggi sekali sehingga ia akan berada di kalangan para malaikat yang khusus. Penjelasannya adalah bahawa di dalam usahanya membaca al-Quran di samping segala kesukaran-kesukaran dan pembacaan yang tersekat-sekat akan mendatangkan ganjaran yang berasingan. Dengan demikian, membaca al-Quran sepatutnya janganlah ditinggalkan.

Mulla Ali Qari telah mengeluarkan semula daripada riwayat Tabrani dan Baihaqi bahawa seseorang yang payah untuk menghafal al-Quran tetapi terus juga mempelajarinya di dalam hati akan mendapat dua kali ganda ganjarannya. Begitulah juga seseorang yang ingin untuk menghafalnya tetapi tidak ada kebolehan untuk melakukannya, tetapi tidak berputus asa daripada membacanya akan dikira oleh Allah Yang Maha Kuasa sebagai termasuk di kalangan para hafiz (huffaz) di hari Kebangkitan semula kelak.


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

TEMPAT TINGGAL SYAITAN



Anas bin Malik r.a. berkata:
"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."
Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?" Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" Firman Allah: "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."
Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?" Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."
Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?" Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."
Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."
( Hadis Riwayat Muslim )

Khamis, 9 Disember 2010

HUKUM MENJAWAB AZAN




Menjawab azan adalah sunat hukumnya, manakala bercakap ketika azan pula bukanlah suatu perkara yang haram. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW dan para sahabat baginda sendiri yang pernah bercakap ketika azan

A) Status Hadis yang ditanya:

Berkenaan Hadis yang ditanya ianya adalah TIDAK SAHIH (samada DHAIF atau PALSU), ini kerana bukan sahaja ianya tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab-kitab matan hadis dan takhrij (setakat pencarian saya, saya tidak menjumpai hadis ini), malah hadis ini bertentangan dengan dalil-dalil Sahih yang menyebut bahawa Baginda SAW dan para Sahabat pernah bercakap-cakap ketika azan

Selain itu antara tanda lain yang menunjukkan hadis ini adalah Tidak Sahih adalah ia memberi ancaman yang besar dan berat atas kesalahan yang kecil (yang merupakan ciri-ciri umum hadis Dhaif dan Palsu), iaitu dalam kes ini ia memberi ancaman yang berat jika meninggalkan perkara yang sunat iaitu menjawab azan, maka mustahil orang yang tidak mendiamkan diri ketika azan akan dikelukan lidahnya ketika hampir maut, kerana hukum menjawab azan itu adalah sunat sahaja.

Malah Imam Bukhari yang merupakan pakar dan imam mujtahid hadis yang juga merupakan seorang yang faqih dan mujtahid dalam bidang fiqh ada meletakkan bab ‘’Berkata-kata ketika (dalam) Azan (بَاب الْكَلَامِ فِي الْأَذَانِ)’’ dalam kitab Sahihnya, dan dalam bab ‘’Berkata-kata ketika (dalam) Azan (بَاب الْكَلَامِ فِي الْأَذَانِ)’’ ini Imam Bukhari memasukkan hadis-hadis dan athar-athar yang menunjukkan bolehnya bercakap-cakap ketika azan iaitu:

1) تَكَلَّمَ سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ فِي أَذَانِهِ

Maksudnya: Sulaiman bin Shurad berbincang-bincang (berkata-kata) sewaku ia mengumandangkan azan – athar (tanpa sanad) riwayat al-Bukhari dalm Sahihnya, bab ‘’berkata-kata dalam azan’’, berkata al-Hafiz Ibn Hajar ‘’dikeluarkan (secara penuh dengan sanad) oleh al-Bukhari dalam kitab Tarikhnya dan sanadnya Sahih’’ (rujuk Sahih Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’ , Fathul Bari oleh Ibn Hajar, jilid 2, m/s 419, dan Tarikh al-Kabir oleh Bukhari, hadis no. 358)
2) قَالَ الْحَسَنُ لَا بَأْسَ أَنْ يَضْحَكَ وَهُوَ يُؤَذِّنُ

Maksudnya: berkata al-Hasan ‘’tidak mengapa jika muazzin ketawa ketika azan.’’ – athar riwayat Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’. Berkata Ibn Rajab ‘’daripada Rabi’ bin Sobih dari al-Hasan katanya: tidak mengapa berkata-kata ketika azan dengan hajat’’, berkata al-Hafiz Ibn Hajar ‘’aku tidak melihat ia mausul’’ (rujuk Sahih Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’, Fathul Bari oleh Ibn Rajab, jld 4, m/s 224, dan Fathul Bari oleh Ibn Hajar, jld 2, m/s 419)

3) عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ خَطَبَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ فِي يَوْمٍ رَدْغٍ فَلَمَّا بَلَغَ الْمُؤَذِّنُ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ فَأَمَرَهُ أَنْ يُنَادِيَ الصَّلَاةُ فِي الرِّحَالِ فَنَظَرَ الْقَوْمُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ فَقَالَ فَعَلَ هَذَا مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ وَإِنَّهَا عَزْمَةٌ
Maksudnya: dari Abdullah bin Harits berkata, "Ibnu Abbas pernah berkhutbah di hadapan kami semua pada suatu hari yang hujan berlumpur. Ketika muazzin mengumandangkan azan sampai pada lafaz, 'Hayya 'alash shalaah', maka Ibnu Abbas menyuruh orang yang azan itu supaya berseru, Ash-shalaatu fir-rihaal 'Shalat dilakukan di tempat kediaman masing-masing!'.' (Dalam satu riwayat: Ibnu Abbas berkata kepada muadzinnya pada hari hujan, "Apabila engkau selesai mengucapkan, 'Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah, maka janganlah kamu ucapkan, 'Hayya 'alash shalaah', tetapi ucapkanlah, "Shalluu fii buyuutikum"). Maka, orang-orang saling melihat satu sama lain (seakan-akan mengingkari tindakan Ibnu Abbas itu). Ibnu Abbas berkata, "Nampaaknya kamu semua mengingkari perbuatan ini? Hal ini sudah pernah dilakukan oleh orang yang jauh lebih baik daripada muazzinku ini (dan dalam satu riwyat: daripada aku, yakni orang yang lebih baik itu adalah Nabi saw.). Sesungguhnya solat (dalam satu riwayat: Jumaat) itu adalah sebuah ketetapan, tetapi aku tidak suka mengeluarkan kalian (dan dalam satu riwayat: aku tidak ingin mempersalahkan kalian, sehingga kalian datang sambil berlumuran tanah. Dalam satu riwayat: lantas kalian berjalan di tanah dan lumpur) seperti ke ladang kalian.'" – hadis riwayat Bukhari, bab ‘’berkata-kata ketika Azan’’, hadis no. 581

Hadis dan athar-athar diatas jelas menunjukkan fiqh bagi Imam Bukhari sendiri adalah boleh berkata-kata ketika azan.
Jika hadis yang menyatakan sesiapa yang berkata-kata ketika azan, lidahnya akan kelu ketika maut adalah sahih kenapa imam Bukhari tidak memasukkan hadis ini dalam kitab Sahihnya sedangkan (sekiranya ia sahih) ia adalah hadis hukum dan hadis utama dalam hal yang mengharamkan berkata-kata ketika azan? Akan tetapi beliau memasukkan hadis dan athar yang menunjukkan tidak salah dan boleh berkata-kata ketika azan? Dan Imam Bukhari tidak meletakkan satupun hadis atau bab yang melarang berkata-kata ketika azan? siapakah yg paling pakar dalam bidang hadis selain imam Bukhari??...

Bukan setakat imam Bukhari, malah kesemua kitab-kitab hadis susunan Imam-imam hadis Salaf tidak meletakkan hadis-hadis atau bab khas tentang pengharaman berkata-kata ketika azan, akan tetapi yang ada adalah sebaliknya.

Sebagai contoh dalam Kitab Muwattho’ Imam Malik yang merupakan kitab Hadis yang paling Sahih sebelum munculnya Kitab Sahih Bukhari dan Muslim, ada memuatkan sebuah hadis Sahih yang menunjukkan bahawa para Sahabat pernah berkata-kata ketika Azan iaitu:

أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ
Maksudnya: adalah mereka para Sahabat pada zaman Umar al-Khattab, menunaikan solat sunat (mutlak) pada hari jumaat (di masjid) sehinggalah Umar masuk ke masjid, dan apabila Umar masuk ke masjid beliau duduk di atas mimbar, lalu muazzin pun melaungkan azan, kata Tsalabah ‘’ mendengar akan azan itu, maka kami para sahabat pun berhenti solat sunat (mutlak) dan duduk bersembang-sembang (bercakap-cakap) ketika azan, apabila telah muazzin telah senyap (iaitu selesai azan) maka Umar pun naik ke mimbar untuk berkhutbah maka kami para sahabat pun lantas diam (berhenti bersembang) dan tiada seorangpun antara kami yang bercakap-cakap lagi selepas itu (kerana berkata-kata ketika khutbah adalah terlarang) – hadis sahih riwayat Imam Malik dalam Muwattho, hadis no. 215

Kesimpulan: dengan hujah-hujah diatas maka jelas bahwa hadis berbunyi: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya” adalah TIDAK SAHIH (DHAIF atau PALSU) dan menyebarkannya adalah suatu DUSTA kepada Nabi SAW.

B) Hukum menjawab Azan

Imam Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut:
وَاعْلَمْ أَنَّهُ يُسْتَحَبّ إِجَابَة الْمُؤَذِّن بِالْقَوْلِ مِثْل قَوْله لِكُلِّ مَنْ سَمِعَهُ مِنْ مُتَطَهِّر وَمُحْدِث وَجُنُب وَحَائِض وَغَيْرهمْ مِمَّنْ لَا مَانِع لَهُ مِنْ الْإِجَابَة فَمِنْ أَسْبَاب الْمَنْع أَنْ يَكُون فِي الْخَلَاء ، أَوْ جِمَاع أَهْله ، أَوْ نَحْوهمَا

"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..." (rujuk Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, jilid 2, m/s 111, syarah hadis no. 578)

Imam as-Son'ani dalam Subulas Salam menyebut :

وَقَدْ اُخْتُلِفَ فِي وُجُوبِ الْإِجَابَةِ فَقَالَ بِهِ الْحَنَفِيَّةُ ، وَأَهْلُ الظَّاهِرِ وَآخَرُونَ ، وَقَالَ الْجُمْهُورُ : لَا يَجِبُ ، وَاسْتَدَلُّوا { بِأَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ مُؤَذِّنًا فَلَمَّا كَبَّرَ قَالَ : عَلَى الْفِطْرَةِ ، فَلَمَّا تَشَهَّدَ ، قَالَ : خَرَجْت مِنْ النَّارِ } أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ . قَالُوا : فَلَوْ كَانَتْ الْإِجَابَةُ وَاجِبَةً لَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ ، فَلَمَّا لَمْ يَقُلْ دَلَّ عَلَى أَنَّ الْأَمْرَ فِي حَدِيثِ " أَبِي سَعِيدٍ " لِلِاسْتِحْبَابِ
"Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan…. Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw suatu ketika baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith Riwayat Imam Muslim, Kitab Solat, hadis no. 575). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada sunat atau istihab..." (rujuk Subulas Salam, as-Son’ani, bab ‘’apa yang dikata pabila mendengar azan’’, jilid 1, m/s 428)

C) Hukum bercakap-cakap ketika Azan
Para Fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan hukum bercakap-cakap ketika azan samada ia dibolehkan (tiada masalah) atau ianya adalah makruh.

1) Dibolehkan dan Tiada Masalah: Yang berpendapat bahawa ianya dibolehkan (tiada masalah) adalah al-Hasan , al-Awzaie, al-Bukhari dan lain-lain.

2) Makruh tetapi dibolehkan jika untuk maslahah: Yang berpendapat bahawa ianya makruh adalah Ibn Sirin, al-Sya’bi, Abu Hanifah, Malik, al-Thauri, Syafie. Namun demikian sebahagian mereka mengecualikan dan berpendapat jika percakapan itu untuk maslahah maka ianya tidak makruh (iaitu seperti menjawab salam, menjawab bersin, menyuruh kebaikan dan mencegah mungkar dan sebagainya) sebagaimana kata Ishaq ‘’sekiranya untuk maslahah seperti menjawab salam dan menyuruh kepada kebaikan maka ianya tidak makruh…”.
3) Makruh ketika Iqamah dan tidak makruh ketika Azan: Dan ada juga fuqaha’ yang berpendapat makruh bercakap-cakap ketika iqamah tetapi tidak makruh (dibolehkan berkata-kata) ketika azan, dan pendapat ini masyhur pada Imam Ahmad. (lebih lanjut - rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari oleh Ibn Rajab al-Hanbali, jilid 4, m/s 224, bab ‘’berkata-kata ketika azan’’)

Pendapat yang terpilih adalah pendapat yang pertama iaitu dibolehkan berkata-kata ketika azan selama mana menjaga adab-adab ketika mendengar azan, kerana tiada dalil yang jelas dan kuat menyatakan ianya tertegah.

Namun, yang penting dan perlu difahami adalah tiada fuqaha’ yang menyatakan haram berkata-kata ketika azan dan tiada juga yang menyatakan bahawa lidah akan menjadi kelu ketika maut sekiranya tidak diam ketika azan

D) Adab mendengar Azan

Adab mendengar azan adalah dengan menjawab azan dan membaca
doa serta salawat selepas azan sebagaimana yang telah diajarkan Nabi SAW dalam hadis-hadis sahih, dalilnya:

Dalil menjawab azan:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ

Maksudnya: dari Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu mendengar seruan azan, maka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang dikatakan muazzin – hadis riwayat al-Bukhari, hadis no. 576, bab ‘’apa yang dikata apabila mendengar azan’’

Dalil berdoa dan salawat selepas azan
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: dari Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “barangsiapa yang berkata apabila mendengar seruan azan (akan doa)- allahumma rabba hazihi da’watittammati wassola til qaimah aati Muhammadan wasilah wal fadhilah wa ba’ashu maqaman mahmudan al-lazi wa ‘adtah- diberikan syafaat olehku pada hari kiamat- hadis riwayat al-Bukhari, hadis no. 579, bab ‘’doa ketika azan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ

Maksudnya: dari Abdullah bin Amru bin al-Ash, sesungguhnya mendengar Nabi SAW bersabda: “apabila kamu mendengar azan maka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang dikatakannya dan kemudian bersalawatlah padaku….” – hadis riwayat Muslim, hadis no. 577, bab ‘’dianjurkan menjawab azan seperti yang dikatakan muazzin dan kemudian bersalawat pada Nabi dan memohon kepada Allah akan wasilah kepada Nabi”

Rabu, 8 Disember 2010

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.



Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.


Jumaat, 3 Disember 2010

ILMU PENENTU SEGALANYA






Satu pemberian yang merupakan penentu segalanya
Sebuah kurniaan Allah yang tiada ternilai harganya
Satu sinaran penyuluh kegelapan akal dan hati
Itulah Ilmu ibarat seluas lautan yang tiada penghujungnya

Ilmu itu pengubat jiwa lara
Pengisian jiwa-jiwa yang kosong
Pengisian hati-hati yang resah
Rasa hidup bertuhan dengan memiliki ilmu

Ilmu seluas lautan yang tiada penghujungnya
Ilmu jika diperoleh akan berasa tenang
Jika belum diperolehi akan berusaha mendapatkannya
Bila sudah dapat menjadi semakin banyak yang tidak tahu dan mahu mencarinya lagi




Ilmu itu sangat luas terbentang
Orang yang memiliki Ilmu ibarat setitis air jatuh ketengah lautan yang luas
Orang yang berilmu hanya ibarat segugusan pulau kecil ditengah lautan
Luasnya dataran ilmu Allah untuk diterokai dicari dengan usaha ikhtiar bertawakal dan berserah

Ilmu iman dan amal
Adalah penghayatan iman islam dan ehsan
Ilmu ada diberi dan ada yang perlu dicari
Menuntutlah ilmu dengan Bekerja dengan Allah agar diri tidak rugi muflis di akhirat

Mulianya budi pekerti  orang yang berilmu
Orang yang paling kaya sebenarnya adalah orang yang berilmu
Orang yang paling dermawan pula sebenarnya adalah mereka yang mengajarkan ilmu
Orang yang bijak adalah orang yang mengamalkan ilmu untuk memandu dirinya kepada Allah

Marilah “Berjual beli kepada Allah”
Mari sama-sama berjuang mempelajarinya
Ilmu membawa sinar kebahagiaan dan ketenangan yang dicari
Ilmu yang dicari itu untuk mendekatkan diri untuk sampai kepada Ilahi

Luasnya Dataran ilmu Allah
Jika dicari dikejar masih tidak pernah cukup
Diri sanggup bekorban menderita kerana ilmu
Itulah hebatnya ilmu

Ya robbi
Permudahkanlah urusan pencinta ilmu ini
Janganlah dikau biarkan kami terus haus gersang tanpa ilmu mu
Jangan pula dikau tidak berkenan memberikan kami ilmu

Ya Ilahi
Terimalah kami dalam menuntut ilmu mu
Janganlah engkau membiarkan kami mempelajari ilmu yang salah
Tunjukilah kami Ilmu yang benar di jalan mu

Segala-galanya adalah ilmu
Apa yang dilakukan itu ilmu
Apa yang dikerjakan juga ilmu
Apa yang diamalkan jua ilmu

Itulah ilmu Allah
Berusahalah mempelajarinya  kerana ilmu penentu segalanya
Jalan yang benar atau yang salah
Agar diri tidak rugi, Agar diri berilmu berakhlak mulia



Rabu, 1 Disember 2010

Kisah Benar Yang Menginsafkan-pasangan bercouple dibelit ular ketika berzina...

KEPADA MEREKA YANG SUKA BERCOUPLE BERDUA-DUAAN SAMBIL BERASMARA UTK MENAGIH CINTA SAMAADA DI TAMAN ATAU DI TEMPAT2 YG SUNYI...BERINGATLAH...!!!!! "Ambillah iktibar dari kisah benar ini...dipetik dari sebuah blog...

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan..............

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya. "Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya. Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah.

Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya.

Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong.

Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut.

Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk. Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular.

Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

Sabtu, 27 November 2010

NASIHAT LUKMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA

                                                                                 
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasehati anaknya tentang hidup.



"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan badah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir."



"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."



"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menggotong jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."



"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."



"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."



"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:



1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.

2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.

3. Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu.

4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.

5. Ingatlah Allah selalu.

6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu

7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.

8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT...


                                                                                                                                                                               
                                                                                           


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci”.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”


3. Orang – orang yang berada di saff barisan depan di dalam solat berjamaah.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang – orang) yang berada pada shaf – shaf terdepan”


4. Orang – orang yang menyambung saff pada solat berjemaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang – orang yang menyambung shaf – shaf”


5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”.


6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”



7. Orang – orang yang melakukan solat subuh dan ‘asar secara berjama’ah.
Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”


9. Orang – orang yang berinfak.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’”


10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang – orang yang sedang makan sahur”

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh”


12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”

Jumaat, 26 November 2010

NERAKA

                                                                               
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Wallahu'alam....