Ahad, 26 September 2010

DOSA BERKUKU PANJANG

                   

                    Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,  dosanya  sama seperti memelihara  sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku  yang  panjag....   bayangkanlah  dosa  yang  telah  kita tanggung  untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

                    Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

                    Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun  kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

                    Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh  atau  pun  degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor  yang berada  di  kuku  jari  emaknya  semasa  menyediakan  makanan  seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,  dll.   Apa  ilmu  pun  yang  di ajar pun tak akan boleh  diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

                    Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang .Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai  dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

                    And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis  kuman  seperti  yang  terdapat  dalam  najis manusia, iaitu   E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun  kita mencuci  tangan  dengan  sabun.   Oleh itu,  sentiasalah  berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Jumaat, 24 September 2010

MENINGALKN SOLAT DN MELAMBATKN SOLAT


Solat 5 waktu amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim. Ada kalanya kita melambat-lambatkan dan sengaja malas untuk menunaikan solat. Ketahuilah wahai rakan-rakan sekalian Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

********

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.


Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.


Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Sakaratul Maut

Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.


Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.


(su'ul khatimah)


Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Alam Barzakh

Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.


Kuburnya akan menjadi cukup gelap.


Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)


(Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)


Hari Qiamat

Hisab keatasnya menjadi sangat berat


Allah SWT tersangat murka kepadanya.


Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.


Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran (al-Ankabut: 45) dan dalam masa yang sama iblis terus menerus berusaha untuk menyesatkan manusia. Kerana itu maka tidak peliklah kenapa iblis dan syaitan itu berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan sembahyang.

Iblis dan syaitan berusaha menghalang manusia agar jangan melakukan sembahyang. Andainya seseorang itu terus juga sembahyang, makhluk itu akan mengganggu ketika seseorang itu sedang mengambil wuduk. Rasulullah s.a.w. memberi amaran tentang adanya satu kumpulan iblis yang dinamakan ``al-Wilhan'' yang berperanan untuk mengganggu seseorang itu berwuduk, menyebabkan timbulnya was-was, lalu wuduk itu diambil mengambil masa yang panjang, berulang kali tanpa yakin.

Ketika mendirikan sembahyang iblis akan menimbulkan was-was hati iaitu ketika berniat, membaca al-Fatihah, mengganggu pemikiran menyebabkan seseorang itu tidak berupaya menumpukan konsentrasinya kepada ibadah yang dilakukan. Ketika itu timbul pelbagai lintasan, termasuk peristiwa yang dilihat di tengah jalan, di pejabat, rasa kecewa harga saham dan kelapa sawit yang menjunam dan lain-lain lagi termasuk gangguan yang timbul daripada gambar-gambar ataupun tenunan pada kain sejadah yang dijadikan alas tempat sembahyang.

Selain daripada tabiat manusia yang sukar hendak mendirikan ibadah sembahyang, iblis dan syaitan juga menipu manusia agar melengah-lengahkan sembahyangnya, yang mungkin berpunca daripada sifat malas semula jadi, didikan yang diberi atau suasana yang mempengaruhi. Seseorang itu mungkin melambat-lambatkan sembahyangnya kerana mesyuarat, terlalu asyik dengan kerja yang dilakukan, untuk menyudahkan tugas yang diberi dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah seperti ini seseorang itu perlu kembali kepada hukum asal, iaitu memahami hukum mereka yang melambat-lambatkan sembahyang seperti yang saudara kemukakan.

Dalam surah al-Maun: 4-5 dijelaskan, ``Maka kecelakaanlah bagi mereka yang sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.''

Menurut Saad bin Abi Waqqas, seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga, yang meninggal dunia pada tahun 55H, menyatakan yang dia telah bertanyakan Rasulullah tentang maksud ``orang yang lalai sembahyang'' tadi. Baginda menyatakan bahawa yang dimaksudkan itu ialah mereka yang melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Mereka ini tetap termasuk dalam golongan orang yang melakukan sembahyang, tetapi memandang enteng dengan melambat-lambatkannya. Bagi mereka adalah balasan neraka, yang dinamakan ``wail'', yang sangat berat azabnya. Menurut satu pendapat neraka wail itu adalah satu lembah yang terdapat di neraka jahanam. Andainya bukit-bukit yang ada di dunia itu diletakkan dalamnya, nescaya hancur luluh semuanya kerana terlalu panas.

Dalam sebuah hadis riwayat daripada al-Bayhaqi dinyatakan bahawa Umar bin Al-Khattab r.a. ada memberitahu, telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling dikasihi Allah dalam Islam. Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku.

Keterangan di atas menjelaskan betapa Allah memberi peringatan amaran terhadap mereka yang melengah-lengahkan sembahyang. Andainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan menyedari betapa pedih dan sakitnya seksaan tersebut, dia akan sedar dan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Namun demikian, lumrahnya tidak mudah seseorang itu hendak mengubah tabiatnya yang telah menjadi darah daging. Dosa itu seperti sakit atau kerosakan yang ada pada jari-jari. Apabila satu jari itu rosak, maka akan bengkoklah jari tadi. Semakin banyak kesakitan yang terjadi, maka semakin banyaklah jari-jari yang bengkok, yang mungkin berakhir dengan kerosakan pada seluruh jari jemari tadi.

Adalah mudah untuk memulihkannya jika ia dirawat sebaik-baik sahaja jari itu membengkok. Ia akan pulih seperti sediakala bergantung kepada tahap kesakitan yang dialami, ubat yang digunakan, dan kekuatan badan si pesakit. Kerana itu penyakit perlu diubat lebih awal dan jangan dibiarkan merebak. Merawat dosa ialah dengan bertaubat.

Khamis, 23 September 2010

PENZINA


DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).

Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2)Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

ZINA DAN KIAMAT




"Dan jangan lah kamu mendekati zina ;Sesunguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji,dan suatu jalan yang buruk (Al-Isra, ayat 32)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;

'Kiamat tidak akan terjadi sehingga tidak seorang pun di muka bumi ini yang taat kapada Allah.Serta didapati seorang wanita disetubuhi di tengah-tengah jalan dan tidak seorangpun yang menginkari(melarang)dan mengubah hal itu.Sehingga orang yang paling baik di antara mereka mengatakan 'Seandainya aku boleh menyingkirkannya dari tengah jalan sedikit sahaja; dan orang yang ada di tengah-tengah mereka itu seperti Abu Bakar dan Umar di tengah-tengah kalian"

Jumaat, 17 September 2010

JANGAN KITA LAKUKAN




1.Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Rabu, 15 September 2010

FAKTOR PENYEBAB TAK DIMAKBULKN DOA

Dikisahkan bahwa suatu hari, Ibrahim bin Adham Radhiyallahu ‘anhu melintas di pasar Bashrah, lalu orang-orang berkumpul mengerumuninya seraya berkata, “Wahai Abu Ishaq, apa sebab kami selalu berdoa namun tidak pernah dikabulkan.?”



Ia menjawab, “Karena hati kalian telah mati oleh 10 hal:

Pertama, kalian mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-Nya.

Ke-dua, kalian mengaku cinta Rasulullah SAW tetapi meninggalkan sunnahnya.

Ke-tiga, kalian membaca al-Qur’an tetapi tidak mengamalkannya.

Ke-empat, kalian memakan nikmat-nikmat Allah SWT tetapi tidak pernah pandai mensyukurinya.

Ke-lima, kalian mengatakan bahwa syaithan itu adalah musuh kalian tetapi tidak pernah berani menentangnya.

Ke-enam, kalian katakan bahwa surga itu adalah haq (benar adanya) tetapi tidak pernah beramal untuk menggapainya.

Ke-tujuh, kalian katakan bahwa neraka itu adalah haq (benar adanya) tetapi tidak mau lari darinya.

Ke-delapan, kalian katakan bahwa kematian itu adalah haq (benar adanya) tetapi tidak pernah menyiapkan diri untuknya.

Ke-sembilan, kalian bangun dari tidur lantas sibuk memperbincangkan aib orang lain tetapi lupa dengan aib sendiri.

Ke-sepuluh, kalian kubur orang-orang yang meninggal dunia di kalangan kalian tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari mereka.”

Selasa, 14 September 2010

4 CERITA MENARIK





Air Mata Nabi Adam



Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.



Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."



Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."



Apa Yang Akan Ditanya:



Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.

Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?



Tiga Cahaya Di Hari Kiamat



Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.



Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.



Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.



Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di = dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."



Kala Jengking Neraka



Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.



Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."



Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman

hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah . Wassallam.