Selasa, 11 Januari 2011

Awan Mengikuti orang yang bertaubat.....


Diriwayatkan bahawa seorang tukang jaga terpesona dengan gadis tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jaga itu mengambil peluang ini lalu mengikutinya dari belakang dan akhirnya berhasil menemukannya.


Si tukang jaga lalu mengajak gadis itu untuk menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun aku sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."


Mendengar jawapan itu, si tukang jaga merasa dunia ini berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, kerongkongnya terasa kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."
Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Dia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama.





Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jaga itu sampai dia tiba di rumahnya.


Orang soleh tadi hairan melihat peristiwa ini. Dia lalu mengikuti tukang jaga tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."


Waallahualam bisawaf...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan