Rabu, 13 Oktober 2010

NIKMAT SYURGA

Ada pun sesiapa jua yang berjaya melintasi titian siratul mustaqim pastinya dia lah hamba allah yang paling bahagia dan gembira sekali.Gambaran syurga tidak dapat di gambarkan oleh akal dan fikiran.Sekiranya kita seolah-olah dapat membayangkan keindahan syurga sebenarnya itu bukan syurga kerana syurga itu adalah satu anugerah dari Allah untuk umat nya yg taat serta bertaqwa semasa hayatnya di dunia.Sesungguh Allah jadikan kita di dunia adalah untuk beribadat semata-mata kepadanya.Kemudian setelah itu kita akan di uji dan untuk lulus ujian Allah itu kena lah kita berilmu.Keputusan samada kita lulus atau tidak ujian Allah itu akan di ketahui esok di yaumil mahsyar.Seandai kita lulus ,syurga lah ganjarannya.

Sebaik melangkah masuk ke syurga ,kita akan terpegun dengan keindahan pintu syurga hingga melopong mulut selama 40 tahun .Kemudian sekira nya hamba Allah yang masuk ke syurga itu laki-laki pasti yang menyambut para bidadari seramai 40 orang yang kesemuanya tidak dapat di gambarkan kecantikkannya.Dan sekiranya semasa hayatnya ia mempunyai isteri dan mahu isterinya bersamanya di dalam syurga yang sama maka isterinya akan menjadi ketua kepada semua bidadari tetapi jika semasa hayat nya di dunia sentiasa di dera oleh isterinya dan tidak mahu bersama lagi di syurga pun boleh juga kerana di syurga apa yang berlaku mengikut selera penghuninya.Syurga yan seluas langit dan bumi akan kekal selama nya Apa sahaja yan di angin kan pasti telah sedia di depan mata.Begitu juga jika ahli syurga itu perempuan ,ia akan di sambut dengan para 40 wildan (bidadara)yang tidak dapat di gambarkan ketampanannya.Begitu juga jika ia mahu kan suami tersayang bersama nya di syurga maka suaminya akan menjadi penghulu wildan dan sebaliknya .Yang pastinya ketika di syurga umur ahli syurga laki-laki akan sentiasa 33 tahun dan perempuan pula 16 tahun

Adapun syurga itu ada kategori2 nya.Yang teratas pastinya syurga Firdausi .Kedudukan syurga adalah seperti dari langit menurun ke bumi..seolah-olah seperti bermain ski dari pergunungan meluncur ke bawah...dan semasa di syurga kita dapat peluang mendengar suara nabi Daud a.s membaca Al-quran dengan suaranya yang amat merdu,kita juga dapat melihat wajah Nabi Yusuf a.s yang paling tampan dan pastinya kita dapat melihat dan mendengar Nabi Muhammad saw mengaji kerana suara dan wajah nya tiada tandingan .Adapun Nabu Muhammad selalu menuruni dari 1 syurga ke satu syurga berjumpa dengan umatnya yang sangat di kasihi nya.maka akan kekal lah ahli syurga selama-lamanya di dalamnya .
Ada banyak lagi yang akan di ceritakan tentang syurga ,mudah-mudahan kita semua dapat terus ke syurga tanpa ada transit di neraka jahanam.InsyaAllah..aminnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan