Isnin, 4 Oktober 2010

GAMBARAN MANUSIA BERDOSA DI PADANG MASYAR




1.BERWAJAH KERA *Suka menabur fitnah sesama manusia

2.BERWAJAH KHINZIR (b-abi) *Suka memberi & menerima rasuah

3.BUTA KEDUA BELAH MATA *Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

4.PEKAK DAN BISU *Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

5.TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI *Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

6.BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS *Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

7.BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT *Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

8.BERJALAN SEPERTI MABUK *Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

9.RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR *Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

10.TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI *Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

11.WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR *Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

12.PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT *Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

13.BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI *Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

14.TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT *Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

15.BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN *Suka melakukan zina

16.MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API *Suka makan harta anak yatim

17.KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS*Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

18.GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN *Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan