Selasa, 23 November 2010

TAUBAT......





Dosa dan maksiat menjauhkan
hamba dari Tuhannya. Ia mengundang
kemurkaan dan laknat Tuhan.
Ia menghijab dari rahmat dan kasih
sayang Tuhan.
Jalan untuk kembali kepada rahmat
dan kasih sayang Tuhan ialah taubat.
Bertaubat itu wajib hukumnya. Wajib
pula kita bersegera dalam bertaubat.
Sesiapa yang menangguh-nangguhkan
taubat sentiasa berada dalam dosa dan
kemurkaan Tuhan.

Bagi orang Islam, taubat itu mudah.
Cukup empat syarat maka sahlah taubat.

Syarat-syaratnya ialah:
a. Menyesal
b. Berhenti dari membuat dosa atau
maksiat
c. Berazam tidak mengulangi maksiat
d. Kalau dosa itu bersabit degan orang lain, kena minta
maaf atau minta halal darinya.
Taubat sebenarnya adalah amalan hati. Ia amalah rohaniah.
Bertaubat adalah perkara hati. Itu sebabnya, syarat pertama
dalam taubat ialah menyesal. Tanpa penyesalan, taubat itu
tidak dinamakan taubat. Penyesalan berpunca dari hati.
Penyesalan adalah pokok taubat. Itu perkara pertama dan
utama yang dilihat oleh Tuhan apabila seseorang hamba itu
bertaubat.

Taubat yang penuh dengan penyesalan sudah tentu akan
menyebabkan perubahan. Ia tentu berkesan dalam mengubah
sikap, perangai dan amalan lahir seseorang. Orang yang benarbenar
bertaubat yang taubatnya penuh dengan penyesalan
pasti akan dilihat berubah dan berbeza dari sebelum dia bertaubat.
Kalau perangai, sikap dan amalan lahirnya tidak
berubah menjadi baik, nyatalah bahawa taubatnya belum
benar-benar disertai dengan penyesalan.
Oleh itu, empat syarat taubat sahaja tidak cukup. Atas
dorongan perasaan sesal dihatinya, orang yang bertaubat itu
perlu berusaha memperbaiki dirinya. Antara perkara-perkara
yang patut diusahakan adalah seperti berikut:
• Menambah ilmunya terutama ilmu agama
• Menambah ibadahnya
• Menukar kawannya dan memilih kawan yang baik dan
sehaluan
• Meninggalkan kemegahan dunianya.
• Berhenti daripada bangga dan sombong
• Mengubah akhlak menjadi baik
• Sentiasa berusaha berlaku benar
• Jangan redha dengan maksiat

Di samping itu, orang yang bertaubat dengan penuh
penyesalan sudah tentu serius dalam bertaubat. Dia tentu
bersungguh-sungguh mahukan supaya dosa-dosanya di-
ampunkan Tuhan. Dia tidak akan rasa cukup hanya dengan
empat syarat taubat seperti yang diterangkan sebelum ini dan
usaha-usahanya untuk memperbaiki diri. Tidak ada jaminan
apa-apa bahawa Tuhan akan menerima taubatnya hanya di
atas dasar empat syarat tersebut.
Memang Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Menerima
Taubat. Namun orang yang benar-benar menyesal dan serius
dalam taubatnya tidak akan rasa cukup hanya dengan empat
syarat itu. Dia akan tambah taubatnya dengan perkara-perkara
dan amalan-amalan lain untuk menguatkan dan memastikan
taubatnya benar-benar diterima Tuhan dan dosanya diampunkan.

Diantaranya adalah:
Pertama, dia akan rela menerima segala ujian dan mehnah
dari Tuhan. Dia akan berusaha untuk sabar dan redha dengan
apa sahaja ujian yang Tuhan timpakan padanya. Dia akan
menerima ujian Tuhan dengan hati yang bersedia, tenang dan
terbuka. Walaupun ujian itu berat, pedih dan menyakitkan,
dia tetap akan berbaik sangka dengan Tuhan dan tidak akan
berputus asa dari rahmat Tuhan.

Ini kerana ujian dan mehnah itu adalah penghapusan dosa.
Walaupun dia sudah bertaubat, tidak ada jaminan segala dosadosanya
itu akan terhapus hanya dengan taubatnya itu. Dia
perlu juga membersihkan dirinya dari dosa melalui jalan -jalan
lain termasuk melalui ujian-ujian yang Tuhan datangkan
padanya. Hadis ada menyebut yang bermaksud:

“Tidak terkena anak Adam itu walaupun satu tusukan
duri melainkan diampunkan dosanya.”
Kedua, dia akan membuat amalan kebajikan sebanyakbanyaknya
kerana ini akan melenyapkan dosanya. Ada hadis
yang bermaksud:

“Iringilah kejahatan kamu dengan sebanyak-banyak
kebajikan, nescaya ia akan memadamkan kejahatan
kamu.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan